Tuesday, 2 December 2008

Stephen Bann: Unity and Diversity in Kinetic Art

Seni kinetik boleh diklasifikasi demonstrasi berdasarkan kecenderungan dalam pergerakan. Perkataan kinetic berasal dari perkataan Greeek yang bermaksud “to move” tetapi maksudnya terbatas pada pengguna maksud saintifik sahaja. Maksud seni kinetic dapat dikaitkan dengan pergerakan dalam tema penghasilan karya dimana ia merupakan berterusan. Dalam karangan ditulis oleh Stephen Bann membincangkan permasalahan uniti dan hala tuju seni kenetik. Beliau menyantakan “ I believe there to be a real unity within the field of kinetic art, in spite of the apparent incompatibility…..” - Stephen Bann. Setiap karya mempunyai identity yang dapat dijelaskan dengan cirinya seperti nama karya dapat menarik minat umum dalam memenuhi kehendak seni kontempori. Pecahan “Op art” dalam seni kinetic berdasarkan penggunaan pergerakan “actual” dimana ia dapat dijelaskan dengan retina. Perbezaan ini menyebabkan pecahan dua pameran di Museum of Modern Art di New York.
Pameran pertama diadakan di muzium tersebut dengan menggunakan tajuk “The Responsive Eye”. Pameran kedua diadakan ditempat yang sama tetapi ia dibatalkan. Ia disebabkan perbezaan pendapat tetapi mereka percayai bahawa mereka yang perkenalkan pergerakan. Perubahan penggunaang pergerakan dilakukan oleh “The Groupe Recherche d’Art Visuel selepas mereka menggunakan kedua – dua pergerakan “virtual” dan “actual” dalam menghasilkan karya. Selain itu, berlaku perbezaan pendapat dengan hasil kerja Martha Boto dan Gregorio Vardanega. Ia lebih jelas berbandingan “The Goupe Recherche d’Art Visuel dimana ia lebih menumpukan kepada bentuk “virtual” dan “actual”.
Stephen berpendapat kinetic di Paris lebih bergantung kepada dua faktor. Faktor pertama dari artist luar, mereka datang ke Paris untuk menjual karya dan berjumpa dengan artist lain tanpa mengekalkan tradisi Negara sendiri. Seniman Amerika mengolah bentuk kepada bentuk abstrak tanpa rujukan. Vasarely menggunakan teknik abstrak dalam menghasilkan karya bentuk semulajadi. Stephen berpendapat seni kinetik antara Amerika dengan eropah berbeza. Dalam temu ramah Bridget Riley oleh “The Time” 19 april 1965 “I think my conception of space is more America than English…..”. Dalam karangangan Stephen menerangkan tema menggunakan permukaan dua dimensi dalam menghasilkan ruang.
Subjek merupakan elemen utama secara langsung hubungan unequivocal dalam satu perspectival. Stephen cuba mengesan uniti dalam seni kinetik berdasarkan gabungan permukaan homogeneous dengan struktur. Percubaan menggunakan uniti pada seni catan barat dibuktikan oleh Cezanne dimana “Femmes d’Algers” oleh Delacroix menghasilkan seperti “Persian carpet” dan menghasilkan pigmen dan homogeneity bagi mengimbangi permukaan catan berdasarkan konsep tradisional iaitu “subject matter”. Penyantaan pada januari 1961 dari isu manifesto dalam pameram pergerakan dalam seni di Stockholm, menerangkan mengenai permukaan pergerakan dimana bentuk hilang dan menyumbangkan pada permukaan tetapi struktur mempunyai hubung kait rapat dengan hasil kerja.
Penghasilan karya banyak melibatkan “The Groupe Recherche d’Art Visuel” dalam seni kenetik. Juxtaposition merupakan seni redikal yang diperkenalkan oleh “The Groupe Recherche d’Art Visuel” sebagai kinetic tetapi merupakan salah tafsiran mengenai maksud seni kinetic. Kebanyakan artist menggunakan dua jenis pergerakan dalam seni kinetik iaitu “actual” dan “virtual” menghasilkan karya. Vardanega menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi sebagai “the principle of movement”. Selain itu, Boto menghasilkan karya menggunakan bentuk asas seperti selinder dengan mengubah ruang dan pencahayaan.
Perbezaan pendapat menyebabkan berlaku keliruan mengenai seni kinetik. Keliruan pendapat mengenai kinetik menjadikan kepelbagaian uniti dalam karya. Dalam karangan Stephen Bann banyak menceratakan mengenai permasalahan dalam percanggahan pendapat mengenai kinetik dan konsep digunakan.

1 comment:

jot said...

aiyooo awee...
hebat hebat!!