Sunday, 8 February 2009

art proses

Arca yang saya hasilkan mengenai arca kinetik yang mengfokuskan keseimbangan. Pada permulaan, perbincangan idea dan bahan yang akan digunakan. Idea yersebut dikembangkan dan terperinci mengenai arca kinetik. Dalam arca kinetic yang saya hasilkan lebih kepada mencari keseimbangan objek. saya banyak rujuk kepada arca “mobile” yang dihasilkan oleh Alexander Calder. Selaian itu saya baca mengenai karangan ditulis oleh Frank Popper mengenai proses menghasilkan kinetik dan perkembangan idea kinetik. Pada mulanya saya ingin membuat mengenai “kinetic sound”, kemudian mengembangkan idea tersebut kepada keseimbangan objek. dalam arca mobile, mempunyai satu titik keseimbangan yang memengang dalam keadaan tergantung.
Selain Alexander Calder, saya juga merujuk Max Eastley menghasilkan arca “kinetic sound” dengan menggunakan konsep mobile dan graviti. Dari konsep mobile, saya menggunakan konsep mobile tetapi dengan cara berbeza. Berdasarkan lakaran yang saya lakarkan, titik untuk mengimbang tidak berada ditengah tetapi berada di dua per tiga arca. Pada awal menghasilkan arca terdapat masalah bahan dan menyebabkan bentuk arca ditukar. Pada mulanya bahan akan digunakan kepingan besi dan disebabkan bahan tersebut tidak dibengkel dan susah untuk dapatkannya. Saya menggunakan bhan lain seperti simen.
Terdapat masalah pada peringkat awal dimana simen retak dan bahagian tapaknya tidak kukuh. Masalah berlaku disebabkan campuran tidak teratur dan struktunya tidak kuat. Selepas itu saya berbincang dengan pensyarah bagi menyelesaikan masalah. Saya menggunakan rod besi dan bentuk arca berbentuk organik. Arca akan dihasilkan bertingkat dan titik gravity berbeza setiap tingkat. Dalam proses membuat secara bertingkat terdapat masalah dalam meletak setiap arca dan tidak dapat mengimbangi. Proses menghasilkan arca terbahagi kepada beberapa peringkat. Pada peringkat awal, membuat struktur bagi mendapat bentuk seperti dalam lakaran. Panjang arca diukur bagi menentukan titik keseimbangan.

Saiz arca dipanjangkan berdasarkan keadaan berat rod besi dan bahagian belakang diberatkan. Kemudian titik keseimbangan ditanda sebelum mendapatkan bentuk. Dalam peringkat pertama arca dapat mengimbangi dan titik graviti berada pada dua per tiga arca. Pada peringkat kedua, proses mendapatkan bentuk dan menambah berat pada bahagian belakang. Bagi mengekalkan titik graviti rod besi diletak secara rapat dan dibahgian depan menggunakan rod besi sederhana dan kecil saiz diameter.

Terdapat masalah dalam mengimbangi pada bahagian kiri dan kanan dan setiasa bergerak. Pada peringkat kedua titik keseimbangan setiasa berubah dan berat bahagian tepi tidak menentu. Titik keseimbangan diubah kepada dua bagi mengimbangi bahagian tepi. Pada awal menggunakan rod besi tetapi tidak dapat mengimbangi lebih lama dan menggunakan kepingan besi untuk mmengekalkan keseimbangan.

Selain itu, terdapat masalah lain dimana senang jatuh bila disentuh. Titik keseimbangan setiap berubah bila diangkat atau jatuh. Titik keseimbangan akan berubah satu sentimeter setiap kali diangkat atau jatuh. Perinkat terakhir merupakan kekemasan dan membuat tapak. Bahagian tapak menggunakan kayu dan saiznya lebih kecil dari arca.

Dalam menghasilkan arca kinetic mempuyai banyak masalah dalam menghasilkannya. Bahantara penting dalam menghasilkan arca mengenai keseimbangan dan selain itu saya akan mengembangkan arca kinetic dan idea.

No comments: