Tuesday, 26 May 2009

Perubahan kinetik dalam seni part 1


Seni kinetik boleh diklasifikasi demonstrasi berdasarkan kecenderungan dalam pergerakan. Perkataan kinetik berasal dari perkataan Greeek yang bermaksud “to move” tetapi maksudnya terbatas pada pengguna maksud saintifik. Maksud seni kinetik dapat dikaitkan dengan pergerakan dalam tema penghasilan karya dimana ia merupakan berterusan. Selain itu, kinetik adalah seni mempunyai pergerakan atau bergantung pada gerakan untuk kesan. Pergerakan bergantung pada kuasa angin, tangan, motor atau pemerhati. Selain itu, ia dapat digerakan dengan mekanikal seperti elektrik, stim, atau “clockwork”. Arca kinetik bukan terhad pada satu gaya tetapi ia merupakan sumber inspirasi terhadap teknologi. Disamping itu, Kinetik tidak merujuk pada mana-mana gaya yang khusus dan boleh dimanipulasi kepada sebarang teknik dan konsep. Terdapat tiga perbezaan aspek kinetik iaitu pergerakan ‘virtual’, pergerakan ‘actual’ dalam tiga dimensi dan pergerakan ‘actual’ dalam dua dimensi. Seni kinetik adalah sesuatu yang mungkin difikir imaginasi atau sumber intelektual dan pengaruh dalam perubahan seni.

Seni kinetik pertama dihasilkan oleh pengarca Naum Gabo dan Antoine Pevsner dalam “Realist Manifesto” merupakan sebahagian manifesto “constructivism” dan seni kinetik pada 1920 di Moscow. Idea ini merupakan ekpressi redikal dalam “Kinetic Construction (Standing Wave)” dimana getaran mendatar yang dihasilkan oleh motor elekterik. Gabo’s “virtual volume” merupakan arca kinetik yang pertama tetapi ia merupakan karya pengasingan. Pada tahun 1922, Kemeny dan Moholy-Ngy menggunakan manifesto yang sama dengan Gabo dan Pevsner dalam kaitan dengan kekuatan dinamik. László Moholy-Ngy berkarya selama bertahun untuk ‘Lichtrequisit’ dan mengembangkan ‘vision in motion’ merupakan terpenting dalam teorikal pada subjek dalam seni. Pada tahun 1923, Duchamp telah mencipta perlatan optikal menggunakan kaedah “Rotary Demisphere, Precision Optics” untuk menghasilkan pergerakan dalam catan dengan meghasilkan pergerakan depan dan belakang pada lingkaran bulat pada catan.

Pada abad ke 18, Jesuit, Father Castel, cuba mengembangkan ‘ocular harpsichord’ dengan tujuannya adalah mencari prinsip analogi antara warna dan not muzik. Kebanyakan artist menggunakan kinetik dalam menghasilkan karya seperti Eggeling, Richter pada sekitar 1920, menghasilkan “tangible motion sculpture’ dalam mengkaji pergerakan. Selain itu, “pergerakan ‘actual’ tidak boleh terlalu ringkas tetapi ia adalah penyelesaian pergerakan yang rumit dimana kontour bergerak atas dan bawah pada bentuk pejal” (Forge, Andrew), George, ‘American of Scottish origin’ dan teorikal bunyi dalam seni kinetik menggunakan garisan lintang dan garisan menegak ‘mobiles’. Selepas Calder, ‘mobiles’ tidak mendapat perhatian dari pengarca – pengarca dan kumpulan ‘Recherche d’Art visual’ di Paris telah menbuat kajian dalam dua atau tiga dimensi dimana ia berkait dengan penggunaan pergerakan.

Tema ‘mobile’ adalah dicipta oleh Marcel Duchamp pada 1931 dan objek direka untuk pameran dan karya beliau bertajuk “Bicycle Wheel” dan kemudian Duchmp menghasilkan putran mesin dalam menghasilkan “optical illusions”. Pada masa yang sama ia dijadikan sebagai alasan kepada Calder untuk meneroka pergerakan secara rambang. Edisi kedua Webster’s New Interntionl Dictionaary pada tahun 1954 menberi definisi mobile sebagai pembinaan keseimbangan atau arca yang dikembangkan oleh Alxender Calder sejak 1930 sebagai pemboleh ubah pergerakan berdasaarkan angin atau mekanikal. Pada tahun 1955, Patrick Heron definisi “mobile” dalam buku bertajuk “The Changing Form of Art;


“An abstract configuration of articulated parts in which each part or segment is free to describe a movement of its own; but it is motion conditioned by, yet distinct from, the movement of all the other articulated segments of which the total construction is made up”

(Patrick Heron, 1955)


Pertama kali “mobile” muncul pada awal 30an menjadikannya sensasi disebabkan arca yang statik kepada bentuk bebas “glued” kepada lantai dan ditetapkan pada pergerakan. Dari segi teknikal reka bentuk masih mempunyai pengaruh dari “Contructivism” László Moholy-Ngy yang mereka “lightspace-modulator di Bauhaus. Pada tahun 1932, Alaxender Calder mengembangkan arca “mobile” kepada tiga jenis. Pertama berdiri, kedua diletak pada dinding dan ketiga strukturnya bebas dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna yang tergantung pada siling. Alexander Calder menerangkan di sebalik penghasilan arca kinetik yang bertajuk “Twenty-three Snowflakes”


“Why not plastic forms in motion? Not simple translatory or rotary motion but several motions of different types, speeds and amplitudes composing to make a resultant whole. Just as one can compose colors or forms, so one can compose motions”

(Alexander Calder, 1975)


Kinetik banyak digunakan dalam kerja perekaan seni dan aspek pergerakan dalam kinetik adalah domina. Kebanyakan artist menggunakan expressi seni kinetik dalam mendapat gambaran ilusi abstrak dan ia menunjukan bentuk rekaan dalam menghasilkan complek elektronik tiga dimensi. Dari tahun 1940, Alxender Calder menbut perubahan penggunaan bahan dalam menghasilkan arca dimana Calder menggunakan rod, tali dan wayar. Menggunakan tali menbolehkan arca bergerak dengan bebas. Sebagai contoh, pada tahun1950, Lynn Chadwick menghasilkan pembinaan wayar dimana menunjukan pengaruh Gonzalez juga dikenali ‘Calder mobile’ sebagai sokongan. Kemudian, Kenneth Martin memulakan siri ‘screw-mobiles’ berdasarkan sambungan dan alat pemantul bergerak.

No comments: