Wednesday, 27 May 2009

Perubahan kinetik dalam seni part 2

Dalam karangan ditulis oleh Stephen Bann yang bertajuk “Unity and Diversity in Kinetic Art” membincangkan permasalahan uniti dan hala tuju seni kinetik. Selain itu, beliau menyantakan dalam karangannya “I believe there to be a real unity within the field of kinetic art, in spite of the apparent incompatibility…” - Stephen Bann. Selain itu, Stephen Bann cuba mengesan uniti dalam seni kinetik berdasarkan gabungan permukaan homogeneous dengan struktur. Percubaan menggunakan uniti pada seni catan barat dibuktikan oleh Cezanne dimana “Femmes d’Algers” oleh Delacroix menghasilkan seperti “Persian carpet” dan menghasilkan pigmen dan homogeneity bagi mengimbangi permukaan catan berdasarkan konsep tradisional iaitu “subject matter”. Setiap karya mempunyai identiti tersendiri yang dapat dijelaskan dengan ciri seperti nama karya yang dapat menarik minat umum dalam memenuhi kehendak seni kontempori. Pecahan “Op art” dalam seni kinetik berdasarkan penggunaan pergerakan “actual” dimana ia dapat dijelaskan dengan retina. Perbezaan ini menyebabkan pecahan dua pameran di Museum of Modern Art di New York.

Selain itu, seni kinetik menpunyai hubungan rapat antara gambaran pergerakan dan falsafah seperti expressi masa dan pergerakan dalam seni dan pengiraan matematik. Konsep seperti ‘progress’, ‘order’, repetition’ dan ‘the terms of information theory’ adalah perkembangan kerja seni dalam elemen pergerakan. Teori aestetik mempunyai kaitan dengan pergerakan dan ia banyak mempengaruhi artist, dan Frank Popper menyantakan bahawa kinetik berkait dengan kekuatan dan tenaga – ‘The Aesthetic of Movement’ oleh P. Souriau (1899) – Bergson’s notion of ‘mobilties’. Schofter telah menyusun pemanadangan ‘Formes et lumieres’ di Liege, dimana alat pantulan dari rekaan dinding kaca ‘Palais de Congres’ dan keluasan permukaannya adalah 1500 meter.

Matlamat sains adalah membawa pengetahuan kepada phenomena semulajadi dan seni adalah lebih kepada proses penghasilan. Kita dapat lihat penggunaan mekanikal moden melalui karya yang dihasilkan menggunakan teknik photo dalam karya “Degas; the ‘chronophotographies’ of Etienne – Jules Marey and animal and ‘locomotion photographs’ ” oleh Eadweard Muybridge ditunjuk dalam catan oleh Seurat dan penggunaan dalam menerangkan pergerakan ‘stroboscopic’ oleh Futurists.

Oleh itu, kebanyakan artist menggunakan kinetik dalam menghasilkan karya seperti dalam seni catan dan arca. Penggunaan ‘trompe-l’oeil’ dalam karya menghasilkan kesan illusi pada muka bangunan, dalam ‘cupolas’ dan dalam catan. Sejarah ‘colour-organs’ mempunyai hubungan rapat dengan kerja kinetik dalam dua dimensi. Pada masa yang sama, terdapat kumpulan yang menghasilkan karya yang berkait dengan kinetik seperti “The Groupe Recherche d’Art Visuel”.

Penghasilan karya banyak melibatkan “The Groupe Recherche d’Art Visuel” dalam seni kinetik. Juxtaposition (seni visual di tengah Minneapolis, Minnesota) merupakan seni redikal yang diperkenalkan oleh “The Groupe Recherche d’Art Visuel” sebagai kinetik tetapi merupakan salah tafsiran mengenai maksud seni kinetik. Tambahan pula, “The Goupe Recherche d’Art Visuel” lebih menumpukan kepada bentuk “virtual” dan “actual” dalam menghasilkan karya. Kebanyakan artist menggunakan dua jenis pergerakan dalam seni kinetik iaitu “actual” dan “virtual” menghasilkan karya. Vardanega menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi sebagai “the principle of movement”. Selain itu, Boto menghasilkan karya menggunakan bentuk asas seperti selinder dengan mengubah ruang dan pencahayaan. Selain “The Goupe Recherche d’Art Visuel”, artist dari Venezuelan, Cruz-Deiz menggunakan optikal kinetik sebagai karyanya selain itu beliau menggunakan ‘chromatic illusions’. Soto menggunakan pergerakan ‘virtual’ dimana pergerakan sebagai phenomenan optikal dan tekanan suara atau ‘vibration’. Dengan “polyphonic painting’’ karya ini mempunyai maksud gerak, dan struktur dihasilkan oleh Agam. Ia bergetar apabila disentuh dan menghasilkan gambaran dan bentuk hilang dalam pergerakan. Banyak karya menggunakan pergrakan ‘virtual’ menjadi berkesan dalam menghasilkannya.

Seni kinetik merupakan penyelesaian pada tema dan masalah umum pada pergerakan dan ia memerlukan rekaan pemandangan yang teratur. Sebagai contohnya, mural kinetik Malina untuk Pergamon Press di Oxford, arca hidrolik di persimpangan jalan terpenting di Buenos Aires oleh Kosice’s dan Vardanega’s model muzik “light-colunms” untuk French Electricity Board. Frank Popper membuat kesimpulan dalam karangannya “new artist, with new problems and new solutions”. Dalam buku “Origins and Development of Kinetic Art and 'Art, Action and Participation”, Frank Popper menunjukkan bagaimana menelopori ‘unambiguous menggunakan pergerakan optikal yang mempunyai kaitan dengan sains, teknologi, seni dan persekitaran. Ia merupakan kefahaman kita dalam seni dan kepekaan dalam memahami seni sebenar.

2 comments:

nfx said...

Zzzzzz.....

ady said...

hahaha..aku nk ZZZZzzzzzzzz jkg r..